Nov 26, 2011

tempek

Posted by ::@M@L:: at 5:43 PM 0 comments Links to this post
saja nak tempek gambar nuha je..rindu pulak rasa ;)


 nuha versi serabut

 nakal ye..nuha rotan nak?

 jap..try dulu kuat ke tak rotan ni

1 Muharram 1433

Posted by ::@M@L:: at 5:17 PM 0 comments Links to this post
alhamdulillah..menganjak ke satu lagi tahun bermakna menganjak juga umur kita dipinjamkan nafas di bumi Allah.


alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tidak pernah putus.


alhamdulillah dengan nikmat Allah yang berterusan.


alhamdulillah dengan bahagia yang semakin bercambah.


disebalik setiap kebahagian tetap terselit satu kerinduan yang tidak mampu diungkap rasanya..AlFatihah untuk arwah abah yang pergi selamanya menghadap Ilahi 1 Muharram 1431..Hanya doa mampu anakmu berikan..moga syurga tempatmu~

Nov 14, 2011

Abang adik

Posted by ::@M@L:: at 4:25 PM 0 comments Links to this post
alhamdulillah..syukur syukur syukur ;)
tepat jam 8.15 malam pada tarikh yang cukup cantik 11.11.11 kami terima seorang lagi ahli keluarga baru yang diberi nama Muhammad Ilham Abadi bin Mohd Azwan. Dilahirkan secara caesaran di Hospital Putrajaya.Dengan berat 2.28kg..ringan je..;) Yeay!!Nuha dah ada cousin...actually mama suruh nuha panggil Ilham 'abang' sebab Ilham anak kakak..so..jadi la abang adik..;)









Oct 2, 2011

Happy Birthday Nuha!

Posted by ::@M@L:: at 5:13 PM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH..anak yang dilahirkan membesar sempurna didepan mata..Nuha dah setahun semalam (2/10/2011)..yeay!!


ohh...tiada jamuan/party/kenduri/open house untuk sambut birthday nuha..insyaALLAH nanti kita buat kenduri kesyukuran sikit ye..tapi tak tahu bila lagi ;) tak sangka dah setahun berlalu dan setahun jugak nuha ada dengan kami..dah setahun kami melayan karenah nuha yang comel lote tu..


dah lama rasanya tak tulis pasal progress nuha kan..apa yang nuha suka dan tak suka?


SUKA:

  • MAKAN-tak kira la makan apa pun..nasi,buah,biskut raya,biskut baby,biskut hup seng semua nuha makan..paling feveret buah naga sampai poo poo pun keluar warna merah..cute!barula ibu tak bosan cuci poo poo..hikhik
  • MERANGKAK-ok..of course la kan dah boleh merangkak dengan laju dan jayanya..excellent!
  • JERIT-part ni tak selalu..kadang-kadang dia tak suka nak keluarkan suara..tapi kadang-kadang tu kalau dengar ibunya tengah borak,dia pun sibuk la nak borak sama..
  • GELAK-yang ni paling best..nuha suka tiru orang gelak..tapi gelaknye macam mengejek..geram tau..selalu dia gelak kalau tengok orang gelak..tak kire la orang tu dia kenal ke tak..aiyoo!!
  • MAIN-main bukan sebarang main..semua barang nuha nak main..makeup ibu ke..sikat papa ke..pampers nuha ke..semua nuha main..sampai papa kene main lost&found pagi-pagi cari sikat tak jumpa..hahahha..nuha akan main selagi dia tak tido..busy sungguh..
TAK SUKA:
  • NASI LEMBIK-takdenye nuha nak makan nasik yang diblend..dah tak pandang sejak ada 4 gigi..macam la dah banyak sangat kan gigi tu..so,sekarang kalau ibu/tok masak mesti masak sampai beras tu hancur je.
  • JALAN-haaaa..yang ni ibu tak suka..nuha ni..dia dah tau kalau dia merangkak lebih cepat,jadi dia tak nak tatih-tatih..kadang-kadang tu pegang jugak tangan dia ajak tatih..cepat je dia lembikkan badan nak merangkak.
  • CAR SEAT-bahaya ok..dia dah taknak duduk dalam car seat..nasib la rumah tok dekat je...haihhh
  • STROLLER-nuha akan duduk dalam 15minit pertama je..tapi kadang-kadang lama jugak..dengan syarat..jangan start dukung nuha kalau dia dah duduk dalam stroller tu..sekali angkat,memang stroller tu jadi tempat letak barang je la.
  • TIDO-memang nuha payahhhhhhh sangat tido..tok dia cakap kalau tido pun kejap je..bila malam memang tak tido la pukul 9-10 ni kan..selagi tak pukul 11 ke atas selagi tu la nuha tak tido..huhu..mendera ibu papa..
letih?memang la letih ada anak..tapi letih yang menggembirakan..kadang tu teringat+rindu nuha kalau dok kat sekolah..gedik~tapi betul..walaupun sekolah separuh hari je..tapi rindu tu mencengkam jiwa..ecehhh ;)

gigi nuha 4 batang tu je la..dah tak tumbuh yang baru..hikhik..gigi lain tak berasa nak tumbuh lagi kot..biar nuha bermanja dengan gigi arnab dia dulu..dia dah pandai tengok kapal terbang/burung/bulan kat langit..tapi si kecik ni penakut sikit..kalau dengar bunyi mesin ke bertempiaran lari sambil jerit..lari guna lutut ye..hari tu ibu vakum bilik,terjerit-jerit nangis..last-last ibu yang tak boleh vakum..huuuuuuu

besarnya anugerahmu YA ALLAH...selama ni terbayang je macam mana la baby boleh meniarap,merangkak,berjalan..sekarang dah ada pengalaman sendiri..seronok tak terkata..bersyukur tak terhingga.






~semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati hidup Nuha..tadahlah tanganmu sayang..mintalah apa sahaja daripada Pencipta kita kerana DIA maha mendengar~

1st

Posted by ::@M@L:: at 4:24 PM 0 comments Links to this post
Kepada anakku Nuha Naazneen,

Selamat Hari Jadi yang pertama sayang.Hadirmu satu anugerah terindah untuk ibu dan papa.Hadirmu jua pengakhiran satu penantian untuk kami.Sakit melahirkanmu ialah satu peristiwa teristimewa ibu pernah alami.


Nuha sayang,patuhlah kepada Pencipta kita.Dengan izinNya kita bersua walaupun nyawa kita hanyalah pinjamanNya.


Nuha,ibu sentiasa doakan yang terbaik untukmu,sayang.Membesarlah sebagai anak yang taat kepada ibubapamu.Jaga akhlak dan tingkahlaku dalam setiap perilaku.Hormatilah orang sekeliling tanpa mengira usia.


Nuha,carilah ilmu kerana ilmu yang akan membawa kita kepada kejayaan.Ilmu jugalah yang akan membimbing kita ke jalan benar.Ilmu itu cahaya yang akan sinari jalanmu setiap masa.


Ibu dan papa akan usahakan yang terbaik untuk berikan kehidupan sempurna untukmu.Terima kasih sayang kerana menjadi penyeri kehidupan kami.

Daripada,
Ibu

Sep 21, 2011

ANAK

Posted by ::@M@L:: at 6:46 PM 0 comments Links to this post
Anak-anak adalah anugerah dan cinta Allah SWT kepada seorang insan bergelar ibu dan ayah. Mendapat cahaya mata dari baka sendiri sudah cukup membuatkan si ibu dan ayah tersenyum gembira. Apatah lagi di saat menanti kelahiran si manja merupakan suatu penantian yang paling ditunggu-tunggu oleh sesebuah pasangan suami isteri. Ada diantara pasangan yang menantikan kelahiran bayi perempuan dan ada juga pasangan yang menantikan kelahiran bayi laki-laki. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat bahawa jantina seseorang bayi yang dilahirkan bukanlah sesuatu perkara yang akan menentukan syurga atau neraka seorang anak mahupun ibubapanya. Akan tetapi, perkara paling besar yang perlu dititik beratkan oleh insan yang bergelar ibu dan ayah ialah bagaimana cara atau kaedah yang terbaik dalam mendidik anak-anak agar mereka agar menjadi seorang insan yang mampu menyelamatkan diri mereka sekaligus mampu menyelamatkan ibu dan ayahnya daripada kemurkaan Allah SWT.

"Seorang yang berakhlak sempurna akan membentuk jati diri unggul dirinya, umpama ikan dilautan sedikitpun tidak terkesan dengan masinnya air lautan tersebut". 



 
Sebagai ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh. 



Panduan bagaimana mendidik anak-anak mengikut tahap-tahap yang tertentu, iaitu:
  1.  Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.
  2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
  3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
  4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.


~Ya Allah..besarnya tanggungjawabku sebagai ibu..permudahkanlah segala urusanku dalam menjalankan tuntutanMu~

Sep 18, 2011

TAMAK

Posted by ::@M@L:: at 5:33 PM 0 comments Links to this post
pelik dengan manusia yang ada sifat iri hati dan dengki dengan kesenangan orang lain..manusia memang tak sempurna..bila dilihat kesenangan orang lain memang akan terbit satu rasa negatif dalam diri tapi haruslah ditukarkan rasa itu ke positif supaya kita bersaing secara sihat dan kesenangan orang lain itu dijadikan satu semangat untuk kita juga mencapai kesenangan hidup..tapi bukan menjatuhkan orang yang sedang kecapi kesenangan dengan cara yang KOTOR!

ya ALLAH..KAU lindungilah keluargaku daripada sifat dengki orang disekeliling kami~

Sep 12, 2011

parents vs children

Posted by ::@M@L:: at 9:45 AM 1 comments Links to this post
ok..ni just view dari seorang guru

zaman sekarang kan ada bermacam-macam orang..berjenis-jenis ragam

1. Parents educated anak educated- selalunya yang tergolong dalam golongan ni adalah ibu bapa yang kerja hebat-hebat..doctor,engineer,ceo etc.....anak-anak pun bukan main bijak.duduk kelas pandai.senang cerita..cikgu baru ajar sikit tapi diorang dah tau banyakkk..kerja/latihan memang tip top..cepat je siap..cikgu pun senang hati ;) parents ada yang ok ada yang fussy..tapi most of parents dalam kelompok ni ok..

2. Parents educated anak biasa-biasa je- yang tergolongan dalam kumpulan ni tak tau la masalah punca dari mana..anak nak kata tak cerdik tak jugak..tapi mungkin kurang perhatian atau anak tu sendiri ada masalah..salah cari kawan..pelajaran tak seberapa kalo nak dibandingkan dengan pekerjaan parents dia yang tip top tu..perangai parents pun ok..tapi ada sesetengahnya tak ambik pusing sangat hal yang berkaitan dengan sekolah..pendek cerita ~cikgu tolong la jaga anak saya~

3. Parents educated anak memang tak boleh blah- yang ni memang bermasalah untuk cikgu..bila cikgu tengok pekerjaan parents dia,memang tak percaya perangai anak macam tu..kerja cikgu bagi tak siap..tulisan buruk..samseng..suka buat hal..yang nak dibanggakan hanya kekayaan hasil titik peluh mak bapak dia je!kalo habis teruk..bila anak buat masalah tapi parents yang educated tu tak caya anak dia tu bermasalah..konon2 kat rumah pijak semut gatai pun tak mati..so,macam mana kat sekolah jadi samseng kan..memang boleh jadi pelakon la anak diorang ni..

4. Parents biasa je anak cerdik- golongan ni dikatakan ok..selalunya parents memang tak suka cari pasal dengan pihak sekolah..percaya dengan sekolah/cikgu..walaupun sibuk cari rezeki ada masa nak datang ambik report card!

5. Parents biasa anak biasa- golongan ni memang susah nak maju sikit..pelajaran anak biasa je..kerja rumah tak dipantau..kalau suruh jawab sepuluh soalan kat rumah..esoknye check pun dok sepuluh soalan la tak berjawab..kalau bagitau parents..esok-esok pun takde perubahan..last-last cikgu cakap 'ikut suka awak la'..mostly parents biasa ni 100% harapkan cikgu

6. Parents tak educated anak lemah- parents dalam golongan ni ada dua..satu memang nak sangat bantu anak..satu lagi memang tak peduli hal anak..lantak ko la kalo ko tak tau mengeja pun anak!yang nak bantu siap tuisyenkan anak lagi kat rumah..belikan buku ajar mengeja..jumpa cikgu mintak cikgu bantu..'pukul la si A ni cikgu kalau dia malas'...yang masalahnya anak la pulak takde daya usaha..hmm

bukan nak mengata siapa-siapa..sekadar memperingatkan diri sendiri..kadang-kadang kita kerja bagai nak rak..tapi kita abaikan hal anak-anak..memang anak zaman sekarang lain dari anak zaman dulu..bukan semakin maju tapi semakin mundur..yang maju hanya teknologi..yang mana sesetengahnya memusnahkan perilaku anak zaman sekarang..

most of parents zaman sekarang anggap cikgu umpama pengasuh..sebabnya suami isteri pergi bekerja..anak-anak dari pagi sampai ke lewat petang kat sekolah..yang lebih teruk,anak yang sakit (demam/pening) pun di suruh ke sekolah dengan alasan kat rumah takde orang nak jaga!anak tertekan pelajaran terabai waktu mengajar cikgu pun terganggu dek menguruskan murid yang sakit.

tapi saya tabik spring toing toing kat parents yang pantau kerja anak..buku kemas..tulisan kemas..pakaian kemas..ada adab..tak suka cari pasal..rajin..homework tip top...

Sep 8, 2011

Luka lama

Posted by ::@M@L:: at 4:38 PM 0 comments Links to this post
Bila luka lama berdarah semula mula la terkeluar kata kurang enak walaupun hanya dibicarakan didalam hati dan di terjemahkan di dalam tulisan~

-saya benci dengan orang yang bodoh tapi berlagak pandai-


Jul 18, 2011

Random

Posted by ::@M@L:: at 7:08 PM 0 comments Links to this post
ok..dah lama tak menulis...ohh..bukan tulis tapi menaip ;)
busy ke kak???hehe..boleh la tahan busy nye kan...

kerja rumah kerja sekolah kerja kerja kerja telah membataskan masa saye untuk menjenguk ke blog usang ni..

NUHA
tuan puteri kesayangan dah makin membesar..dah 9 bulan lebih pun..sekejap je masa berlalu..bila dikenang masa lahir yang teramat la sakit dan saiz nuha kecik comel idung penyet je..hikhik..sekarang dia la hero dan heroin segalanya..rumah sempat kemas seminit lepas tu dah macam rumah kene pecah dek pencuri balik..huhu..

progress progress progress...nuha dah boleh merangkak masa umur 7 bulan..ohh..baru perasan dah lama tak tengok nuha mengesot..sekarang merangkak tu dah peringkat PHD dah la..ohh..bukan merangkak je PHD..meniti pun dah peringkat habis tinggi..sampai kita yang risau dia jatuh dia buat dekk je..kalau orang kedah cakap meragas..maksudnye meniti sambil jalan la..ok..nuha sangat terer..kalau meja makan rumah tok tu habis keliling dia tawaf..habis pusing dia pusing lagi..agaknye dah tak lama nak berjalan pulak kot..

nuha sukeeee senyum..nampak je orang yang dia kenal..dia mesti hadiahkan senyuman manis dia tu..sambil hidung konyot2..nuha jugak suka buat mulut muncung macam bau busuk...dan yang paling seronok nuha dah pandai BYE BYE...cara dia bye bye dengan angkat satu tangan sambil jari jari keciknye tu bergerak ala-ala princess ok..heheheh..lagi satu nuha dah pandai kiss..wahhhh...bila ibu cakap 'nuha..kiss ibu..'..dia pun dekatkan mulut@pipi dia ke pipi ibu..lepas tu tekan mulut dia kat pipi ibu...heheh

sepanjang jadi ibu dan sepanjang tengok nuha membesar..rasanye nuha ni jenis budak yang cepat belajar..harap-harap nuha membesar jadi budak yang cerdik ;)

ohh..baru-baru ni kami ke Brunei..ok..ok..tak la kaya kan sampai nak melancong ke brunei..tiket kami ditaja..so..rezeki jangan ditolak..sambil melancong sambil menziarah makcik kat sana..makcik saye ikut husbandnye keje kat sana..duduk dua orang je..bosan okeh..kesian..jadi kami pergi la tiga hari dua malam menghiburkan hati mereka..heheh..brunei bukan tempat shopping..jadi percutian kami lebih kepada menziarah..duit pun tak habis banyak..almaklum la..negara kaya..pergi sana jatuh miskin..hahahah..

hurm..Ramadhan menjelma tiba..dah banyak dah orang bawak biskut,kacang,kerepek,brooch,tudung..silap-silap baju raya ready made pun ada kat bilik guru tu ;) saye bawak kek!!sila-sila jemput beli..KEK BENJI ROLL MAMA sedap sekali~mudah-mudahan Ramadhan kali ni diberkati dirahmati dan dipermudahkan segalanya

Bandar Brunei

dengan MAKJAQ a.k.a sponsorship ;)

nuha di kerusi hotel depan lif..hikhik

kek homemade~saye buat okeh dengan mak saye sekali ;)

Jun 8, 2011

Baby Sara

Posted by ::@M@L:: at 9:54 AM 1 comments Links to this post
holiday..holiday..holiday..
melayang..melayang..melayang..ape yang melayang??duit la apa lagi..heheh

ok..sempena cuti sekolah ni..family kecik saya dan family in law bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort..saje menghabiskan masa dan duit kononya nak beristirehat la kan...idea siapa??idea saye la..saye la yang bersusah dan berpayah call booking apartment..dah la receptionist tu cakap perlahan bukan main..dah tu siap kejan (push) saye cakap cepat-cepat risau sangat kredit saye habis..saye guna postpaid ok..huhu..

hajat di hati nak tengok cik nuha berenang dalam kolam mandi..mesti kiut miut bukan..guna pulak pelampung leher yang maklong dia beli..saye dah tak sabar siap beli bikini lagi untuk cik nuha...tapi hajat tak kesampaian..macam mane nak guna pelampung kalau rendam kaki dalam air pun dah teriak..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....apada nuhaaaa....terbantut hajat ibu tauuuu...rupenye cik nuha penakut air..siap meleleh airmata bagai...nasib bikini rm7 je ibu beli tau..ada dua sebab dalam fikiran saye kenapa cik nuha takut air..mungkin dia tekejut tetiba ramai orang kat swimming pool atau air tu sejuk (tapi kat rumah pun kadang-kadang mandi air paip biasa jeee)


nuha ketakutan~

senyum la ibu peluk

ok..ok...taknak swimming pool pun xpe la..janji cik nuha happy..memang cik nuha macam teruja je walaupun tak mengerti lagi holiday tu apa kebenda...ye la..sekali sekala berubah tempat..nikmati suasana lain sikit..apa salahnye kan habiskan duit papa...opsss...hehehe


muka ceria cik nuha

with mr barney

esoknye sebelum berangkat pulang ke kota kami ke Pulau Orang Utan...dah kali kedua saye ke sana..first time masa zaman anak dara...kali ni zaman mak dara..hikhik..kat sini nuha dapat kawan..namanya Sara...umur 6 bulan..muda sebulan dari cik nuha..hikhik..sangat comel..nuha pun macam teruja muja je tengok orang utan ni bergerak-gerak..terjengok sana sini...

smile sayang..nak naik bot ni ;)

maksu dan makdek~

nuha&sara..hikhik..tengok tu..berlaga tangan dicermin ;)

cepat la papa..kite laparrrrrrr-kata nuha-

on the way balik sempat singgah makan mee udang di kuala sepetang..boleh tahan rasanya..yang best sebab ada 7 ekor udang..nyum nyum...

mee udang makjah kuala sepetang~




Jun 2, 2011

RM 60

Posted by ::@M@L:: at 10:02 AM 3 comments Links to this post
Haluuuu....
tadi saye kemalangan!!!!!!!!!!..macam parah sangat je kan..;)
sebuah motor telah melanggar montot kereta kelisa saye..akibatnye montot kelisa saye dah kemek..pahanya calar balar..haishhh..duit lagi...huhu

ok..ok..saye yang salah mungkin..sebab saye tak nampak motor tu menuju laju ke arah kelisa saye..tapi dia juga salah sebab menunggang motor dengan terlalu laju di roundabout...oh...saye tak melintas seperti ayam ye..memang saye tak nampak motor tu..tetiba je ada..alhamdulillah penunggangnya selamat..tu yang paling penting..huhu

habis terbang rm60 baiki lampu motor si penunggang tu tadi..haishh....dugaan di musim cuti ;(

May 30, 2011

Sayang selamanya

Posted by ::@M@L:: at 5:55 PM 0 comments Links to this post

wahhhhhhhhhhh...syukur alhamdulillah dah genap 2 tahun usia perkahwinan ibu dan papa ;)

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG!!
31.05.2011

thanks for everythings!!

(nak naik pelamin pakai baju pengantin cantik-cantik lagi boleh??tp dengan pengantin lelaki yang sama la)




May 16, 2011

7 bulan

Posted by ::@M@L:: at 6:05 PM 1 comments Links to this post
alhamdulillah..sekejap je masa berlalu..tengok-tengok cik nuha dah 7 bulan..happy!

bab makan toksah citer la..memang dah start makan dari umur 5 bulan lebih pun..makan ape??uishhhh..cik nuha ni makan semua...tok yang kasi...hahah..dari bubur..cerelac...biskut baby...keropok baby...sampai la cekodok pisang!!..tu belum masuk biskut empat segi cap Hup Seng lagi...coklat kit kat..kadang-kadang air kopi tok pun dia nak jugak..pantang tengok.

mental development dan physical development pun dah berkembang..dah pandai kenal orang...dulu orang puji nuha nak semua orang..sekarang baru orang tau...ibu dan papa dah tak dapat rileks macam dulu dah...contohnya kalau nuha baru jumpa orang baru..dia akan ambik masa paling cepat dalam beberapa jam..tapi paling lama 48 jam untuk mesraaaaaaaaaaaa dengan orang baru itu..huhuuhu..kadang-kadang tu orang tak kacau dia pun..tp dia yang beriya tengok orang tu..dia yang nangis bagai...sabar je la..pernah terjadi di parkson ye...huhu

pagi-pagi bukak je mata kalau menangis tu bermaksud nak tido lagi..tapi kalo nuha celik lepas tu senyum meleret tu maksudnye ok...saye dah bersedia nak bermain!!!nuha ni pandai tiru orang...kalau kita pandang dia lepas tu senyum..nanti dia pun senyum balik kat kita...kalau kita usik lepas tu buat-buat gelak..nanti dia pun terkekek2 gelak..ohhh..tp ni semua kalau ibu atau papa yang buat..kalau orang lain kene tunggu lama sikit..heheh..kekadang papa suke buat bunyi mulut...nanti dia pun beriya nak buat bunyi mulut dia..tapi jadi!!hahahah...dan lagi satu nuha suke nyanyi...especially dalam kete..dengar je ibu nyanyi nanti dia pun ikut sama tapi dalam bahasa nuha la kan..but still cute~

sekarang nuha tengah berlatih nak merangkak..tertonggek-tonggek..cumil saje...menyulur tu memang dah laju..habis satu rumah nuha dah 'jalan' sendiri...ibu ke dapur dia pun turut..ibu ke luar dia pun turut tapi setakat pintu je la sebab ibu tutup grill..hehe..sekarang ni kejap-kejap angkat montot..pastu tahan dengan tangan...tapi tak reti nak gunakan lutut lagi..slow-slow nuha..u can do it!!!

alhamdulillah..mudah-mudahan nuha membesar menjadi anak yang cerdik~

May 10, 2011

Happy Mother's Day

Posted by ::@M@L:: at 7:30 PM 0 comments Links to this post
Untuk MAMA
I LOVE YOU SO MUCH
terima kasih sebab melahirkan,menjaga dan mendidik anak-anakmu dengan sempurna..
selagi hayat dikandung badan..insyaALLAH segala kebajikan mama akan dijaga kami semua..
tidak terbalas jasamu mama hingga ke hujung nyawa..


Apr 18, 2011

Happy Birthday ABAH

Posted by ::@M@L:: at 6:28 PM 0 comments Links to this post
18 APRIL 2011
genap umur abah 55 tahun jika abah masih bernafas di bumi ALLAH~

Semoga Jannah tempatmu abah
-Al Fatihah-

Nuha yang gagah

Posted by ::@M@L:: at 6:26 PM 0 comments Links to this post
salam semuaaaaaaa~
hari ini saya akan menceritakan tentang nuha yang gagah..dengar ye..hihi

alkisahnye terjadi pada hari isnin 11 april 2011 jam lebih kurang 9 pagi...
ok..macam biasa..lepas solat subuh ibu dah tak tido balik..terus turun bawah settlekan apa yang patut sementara cik nuha tido..sebelum tu ibu kepung cik nuha dengan bantal dengan penuh harapan nuha tak golek-golek bila terjaga nanti...ye la..cik nuha tak pandai mengesot ke depan lagi..setakat meniarap tu celah gigi je la kan..hehe..tapi ibu terlupa yang cik nuha dah pandai GULING!!!!

tengah ibu syok buat keje kat bawah..sekali ibu dengar nuha nangis...kuat!!!adoi..terus berdebar macam nak gugur jantung..dalam hati dah kata mesti nuha jatuh katil!!!dalam kelam kabut ibu lari naik tangga..langkah la mana-mana anak tangga yang boleh langkah dengan harapan cepat sampai kat bilik tingkat atas..masuk je bilik...NUHA!!!!!nuha dah jatuh kat bawah dalam keadaan meniarap sambil menangis..terus ibu dukung sambil usap-usap kepala dengan harapan nuha berhenti menangis...huhuhu

keliru celaru sangat masa tu..rasa macam kenapa la ibu buat nuha macam ni..mulut tak habis-habis mintak maaf kat nuha..'ibu mintak maaf sayang'...last-last nuha berhenti nangis bila ibu bagi susu..tu pun masih bersisa tangis nuha..kesian nuha~

bila nuha dah ok...ibu check seluruh badan..alhamdulillah nuha takde lebam ke benjol ke..mungkin dia terkejut je bila terjatuh tu dan rasa sakit sengal..huhu...tapi disebabkan rasa bersalah yang amat sangat..ibu bawak nuha jumpa doktor dan ibu cuti hari tu untuk nuha..huhu..

macam mana nuha jatuh ibu tak tahu..tapi ibu rasa nuha jatuh atas bantal dan terus tergolek dalam keadaan meniarap..ye la..takkan nuha jatuh dalam keadaan meniarap kan..sebabnye bantal pun jatuh katil jugak..tapi katil tu boleh tahan jugak la tinggi nye..paras lutut orang dewasa..

selepas hari tu..bermula la episod nuha+ibu tido atas toto je..hikhik...asalkan nuha selamat~

Mar 27, 2011

Skills

Posted by ::@M@L:: at 5:44 PM 0 comments Links to this post
makin nuha besar makin banyak skills yang dia tunjuk~


hari kedua nuha lahir..nuha tunjuk skill tido sampai tak jaga menyusu..heeeee
lepas tu nuha cuba tunjukkan skill tido sambil duduk
sekarang nuha makin aktif dengan skill bawak motor sambil menyembur-kene-muka-sendiri
dan yang paling latest nuha dah tunjuk skill meniarap yang ibu tunggu-tunggu~thanks nuha!!!

alhamdulillah..disamping tengok anak membesar depan mata..rezeki ALLAH tak pernah putus..hidup kalau takde dugaan pun tak best..bak kata orang tak mencabar..jadi sekali sekala ALLAH tetap uji hamba-hambaNYA..

cuti sekolah baru ni..kami balik kampung kedah~sangat seronok walaupun takde la kemana-mana..yang tak berapa bestnye balik kali ni ada berita sedih..semuanya tentang penyakit..hurm..
balik je kampung tok tak sihat..demam sampai tak boleh tidur...lepas tu dapat tau pakngah lit (abang arwah abah) masuk hospital...katanya sakit..bila pi melawat..baru tau pakngah lit sakit kanser..innalillah...penyakit tu berulang lagi dalam keluarga kami...selang setahun je lepas arwah abah pergi...erm..tipulah kalau saye cakap saye tak tersentap bila dapat tau berita sedih ni...nampak je pakngah yang kurus..terus teringat arwah abah dan kenangan dulu jaga abah di hospital...tak sangka dalam masa kurang setahun tengok pakngah..dia dah kurus sangat tak macam dulu...mudah-mudahan keluarga pakngah sabar dalam terima ujian ALLAH yang maha hebat ni..dan mudah-mudahan umur pakngah dipanjangkan~amin

ok..tetibe saye dah blank~bye

Mar 24, 2011

7 tips berniaga

Posted by ::@M@L:: at 5:22 PM 0 comments Links to this post
PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal.Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalan perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.


KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih,"Rome was not built in a day".

KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan. 

KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Feb 26, 2011

C.I.N.T.A

Posted by ::@M@L:: at 6:55 AM 1 comments Links to this post
apakah dengan tajuk tu??

cinta yang agung cinta kepada ALLAH...itu pasti
tapi sejak dunia semakin moden lengkap dengan teknologi canggih rasanye dunia yang sempit ni dipenuhi dengan insan insan yang sempit pemikiran..huhu

sedang membelek facebook terbaca status dan tertengok gamba anak anak murid zaman sekarang...sedih pun ade..geram pun ade..paham paham je la status budak budak macam mane kan..kalau ejaan tu sampai nak tergeliat lidah nak eja..hahah...kalau gambar plak ada yang tayang boyfriend la...boyfiend pulak anak murid jugak...haihh~apa agaknya yang budak budak ni cari dengan cinta masa umur baru nak masuk belasan tahun...sebab ape baru nak masuk??sebab diorang ni sekolah rendah...sekolah rendah paling besar pun 12 tahun...UPSR pun tak lepas lagi dik oiii...

ingat lagi 2 tahun lepas ajar budak tahun 5..siap cikgu nak kene selesaikan cinta tiga segi diorang..cikgu tu sape?saye la..haihhh...baru darjah 5 tu...dah pandai dah bagi bagi surat...tentang tentang mata..jumpa jumpa time rehat...kalau yang perempuan tu ye la kot dah baligh..hormon gatai tu dah ada..yang lelaki ni suara pun kecik..ada hati nak ngorat anak dara orang...DUIT POKET PUN MASIH MINTAK KAT MAK!!!(tu la ayat cikgu masa bebel kat diorang)

tak hairan la zaman sekarang ni macam macam kes ada..buang bayi la..khalwat la..lari dari rumah la..nak kata mak ayah tak bagi sekolah agama..rasanye 90% semua g sekolah agama...kat sekolah bukan takat ustaz ustazah yang dok hambur dengan nilai nilai murni..tatatertib bagai..cikgu cikgu yang lain pun bagi jugak mutiara mutiara kata...adab pergaulan..tapi nak buat macam mana...budak budak ni seronok dengan dunia..apa cikgu cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri...esok esok buat lagi...

Mencabarnye jadi seorang guru zaman sekarang~

p/s: tetibe risau jadi seorang ibu~mudah-mudahan nuha naazneen jadi anak yang mudah dibentuk akhlak peribadi..amin~

Feb 23, 2011

Rezeki dari ALLAH

Posted by ::@M@L:: at 4:14 PM 1 comments Links to this post
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Feb 22, 2011

Sembur

Posted by ::@M@L:: at 5:14 PM 0 comments Links to this post
ohh..dah lama benar tak hupdate blog ni....
takde masa dan malas pun iye jugak ;)

tak meriah kalau update takde cerita pasal anak ibu kan..hehe..nuha sekarang belum meniarap ye..ye..nuha dah 4 bulan tapi tak meniarap2 lagi...haihhhh..susah hati la jugak tapi agak geram bila ada yang cakap 'anak Bahirah ni malas kot'..geram sangat aihhh...budak sekecik nuha tu tau ke malas dengan rajin tu camne..huhu..bila tanya kawan-kawan...semua cakap jangan risau sebab perkembangan baby lain-lain..ada setengah tu 3 bulan dah meniarap...ada setengah pulak 6 bulan baru meniarap..sama jugak macam tumbuh gigi..kadang-kadang ada yang cepat..kadang-kadang dah setahun pun gigi tak tumbuh-tumbuh lagi..takkan nak cakap gigi tu malas tumbuh kot..hahah...takpe sayang..ibu sabar tunggu hari keramat nuha meniarap tu..;) agaknye nuha nak jalan terus kot..

sekarang nuha dah kenal muka ibu,papa,tok,maklong..selalunye muka yang nuha biasa tengok tiap hari..kalau dia tengok je mesti dia senyum lebar...kadang-kadang tu sampai je ibu rumah tok..dalam ibu dok borak dengan tok dia dok sengih-sengih..padahal bukan sembang dengan dia pun..anak~anak~...rambut ibu semakin gugur..memang ibu penah baca artikel yang tulis lepas seorang ibu melahirkan anak rambut akan gugur..tapi ada jugak cerita ala dongeng yang kata kalau anak suka main air liur rambut ibu automatik akan gugur...huhu...nuha suka sangat menyembur sekarang ni...kadang-kadang habis lencun baju disembur...sabar je la...

the best part is..nuha dah nak hisap susu ibu dalam botol susu..alhamdulillah..syukur sangat sangat sangat...agaknye nuha malu kat ameena dan eisya kot..anak anak kawan ibu...hihi...sekarang tinggal 10oz susu pun masih tak cukup..sebab tok cakap nuha minum banyak..huuuuuuuuuu..ibu kene gigih pam susu lagi untuk nuha...caiyokkkkk!!!oh~ibu belum pernah terfikir nak bagi nuha susu formula...dah jimat dari satu segi dan nuha pun dapat kebaikan susu ibu ;)

adorable nuha naazneen~


sekolah macam biasa..ada hari tenang..ada hari tensen yang amat..ada hari kalut..ada hari coollll saje...yang menjadi masalah sekarang ada sorang indian boy yang terlalu la buat ibu rasa nak migrain walaupun ibu takde penyakit tu..haihhh...masuk je kelas dia dah carut-carut dalam bahasa tamil sambil sengih-sengih..rasa nak s***k pun ade..sampai ibu nak pandang muka dia pun tak boleh..so...sebelum segala benda hinggap di tubuh budak tu..baik ibu ignore je dia..ohh..jangan salah faham..memang tugas seorang guru kene mendidik dan bersabar dengan karenah anak murid..ibu tahu tu...tapi bila anak murid dah melampaui batas sampai dah tak tahu nak diajar macam mana lagi..ibu rasa baik ibu ignore je..nasib ajar pendidikan jasmani..kalau subjek teras nampak gaya ibu kene pegang rotan jugak la kot..huhu


alhamdulillah masih punya rezeki di tahun 2011..walaupun tak banyak tapi ALLAH tak pernah berhenti bagi rezeki pada hambaNYA yang satu ni..syukur~kadang-kadang rezeki datang tanpa disangka-sangka..mudah-mudahan rezeki ALLAH ni berterusan dan semakin bertambah..paling penting tiap rezeki tu diberkati :) baru hidup tenang dan bahagia...sebagai manusia..ada jugak hari hidup kami dilanda suram...tapi yang penting jangan berhenti sujud pada ALLAH..kadang-kadang kite tengok senang je orang lain dapat kemewahan dunia..padahal orang tu kerja tak seteruk kite..jangan mudah berdengki tapi ringankan mulut doakan kebaikan diorang..mana tau lepas tu ALLAH limpahkan pulak nikmat rezeki pada kite ;)


p/s:tengah usahakan sesuatu..doakan yang terbaik ;)

Rezeki yang Berkat

Posted by ::@M@L:: at 4:47 PM 1 comments Links to this post
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". 
Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. 
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. 
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). 
Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. 
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. 
(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). 
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. 
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka. 
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. 
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. 
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) 
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). 
Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. 
Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). 
Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. 
Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. 
Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. 
Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. 
Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa. 
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. 

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. 

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Jan 26, 2011

Jerit

Posted by ::@M@L:: at 9:32 AM 4 comments Links to this post
sekarang pukul 1.12 tgh malam..esok ibu keje..tapi ibu masih lagi menaip sekarang ni..NASIB keje petang...keje sebagai guru memang petang..tapi keje sebagai ibu tu siang malam pagi petang...so..tak semestinye ibu boleh tido sampai pukul 8@9@10 esok..sebabnye..nuha yang tentukan tido ibu..heeeee..nuha jugak salah ye...

next update pasal nuha..eh..sonok tau tengok baby ni membesar..ada je bende baru dia buat...nuha almost 4months next week..so..sekarang nuha dah pandai mengiring..tapi..si kecik ni ada time dia berusaha..ada time dia taknak usaha langsung...wat dekkkk je muka tu terlentang...sekarang ni mengiring terlentang mengiring terlentang..dia buat dalam 5-6 kali..lepas tu mula la ehek ehek suruh angkat...tapi semalam..tengah dok berusaha tetibe dia termeniarap..tersepit tangan...hahah..tak sempat ibu nak snap gambar sebab dok tengok hidung nuha tersembam ke tak..hikhik..tp cute okeh..walaupun termeniarap dengan tangan tersepit tapi tak nangis..ibu mesti cakap 'GO NUHA GO..YOU CAN DO IT' masa nuha tengah usaha pusing badan tu...hahahah..ibu yang excited lebih...

ok..hari ni nuha dah ada hobi baru...JERIT...adoi la..nyaring bangat suaranye...papa cakap dah nak start bising la tu..hahaha...tapi ibu suka..hahah...perempuan agaknye sebab tu nyaring..kelakar je jerit-jerit..dah macam marahkan kite pulak...

nuha dah pandai tengok orang..tengok warna..tengok lampu..bangun je pagi..dalam dok mengeliat angkat dua-dua tangan ke atas..merengkok badan badan..sempat lagi senyum kat ibu...nganga mulut tecik dia tu..dah macam orang tua je takde gigi..heheheh...sekarang kalau kite sibuk borak..dia pun sibuk jugak nak borak...last last kite tak jadi borak..kite borak dengan dia je...hahaha..nuha nuha..fenomena la kamu bak kata pak uda...petang petang tok usung nuha dok kat luar..tengok kete lalu lalang...tok cakap..nuha akan ikut kete ke lori ke motor ke yang dia nampak dari mula dia nampak sampai la kenderaan tu hilang dari pandangan dia...ok..rumah tok tepi sekali sebelah jalan..kalo kete tu dari kanan...kepala dia akan terus ikut kete tu dari kanan ke kiri..kalo kete tu dtg dari kiri...dia ikut pulak ke kanan...haihhh...rindu btol ibu sama kamu...ok..ibu kene tido..esok nak work..;)
 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez