Jun 1, 2012

Untuk Sang Suami

Posted by ::@M@L:: at 8:51 AM 0 comments
alhamdulillah..31.5.2012 genap 3 tahun perkahwinan kami..syukur ALLAH masih satukan dua hati kami dalam melayari rumahtangga dan DIA sentiasa mempermudahkan segala urusan kami walaupun kadangkala kami menghadapi saat-saat sukar..


Suamiku….
Kuingin agar setiap perjumpaanku dengan mu menjadi sebuah perjumpaan manis,
hiasi selalu dengan senyuman tulusmu kerana senyummu adalah bahagiaku..
do'amu adalah sebuah keredhaan bagiku.

Suamiku…
Bertuturkatalah yang lembut padaku ketika kau hendak sampaikan sesuatu
agar ku mudah memahami apa maksudmu perhatikanku pula ketika ku ingin bertutur denganmu mendengarkan ucapan atau ceritaku.
Kerana bagiku itu adalah sebuah penghargaan.

Suamiku…
Kuingin kau lebih sebagai seorang sahabat yang berikan waktu untukku
Jangan terlalu sibuk dengan segala urusanmu, sediakan waktu untuk
mengenang kembali tentang kenangan indah bersamamu

Suamiku …
Bantu aku dalam ketaatan kepada Allah. Biasakanlah Bangunkan ku di sepertiga malam terakhir dan ajak ku menegakkan solat Qiyamullail

Suamiku ….
Ajarkan aku apa yang kau ketahui dari Al Quran dan tafsirnya.
Ingatkan aku supaya “Dzikr” (cara untuk mengingat Allah dengan mencontoh Rasulullah) di pagi dan petang.

Suamiku …
Ingatkan selalu aku untuk membelanjakan wang ringgit di jalan yang diredhaiNya...menebar kebaikan dan jihad dijalan Islam

Suamiku…
Cemburu adalah fitrah. Bahkan kuharap kaupun ada rasa cemburu terhadap aku,
tetapi jangan berlebihan (cemburu buta).

Suamiku …
Kuingin kan sikap kesabaran dan kelembutan dalam menghadapiku
jangan kau tunjukkan kekerasan dan kata kata kasar padaku
Selalu ingatkan aku jika ada perbuatan yang salah pada diriku…
kerana aku hanyalah wanita sederhana dengan kekurangan dalam diriku

Suamiku…
Maafkan aku jika telah berbuat salah padamu …
turunkan emosimu ketika kau hadapi aku… nasihatkanku dengan 
kelembutanmu kerana itu akan lebih menyenangkanku.


terima kasih SUAMI kerana menjadi teman dan papa yang baik dan sabar ;)

P/S:terima kasih keluarga/kawan/sahabat/teman yang mendoakan kebahagian rumahtangga kami

 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez