Aug 16, 2010

::26::

Posted by ::@M@L:: at 1:48 AM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah...
ALLAH panjangkan lagi umur saye untuk sampai ke umur 26 tahun semalam (15 ogos)..
orang pertama yang wish mestilah incik suami..=)
dan terlalu ramai orang yang wish tahun ni especially di Facebook~HAPPY

owh...takde apa yang istimewa birthday kali ni...sedikit sayu sebab tak dapat call dari abah tersayang~al-Fatihah..

kek pun takde..sebabnye puasa...nak g bazar Ramadhan pun tak dapat sebab hujan lebat..almaklum je la..kan baru-baru ni ada kes ribut kat melaka sampai 2 orang meninggal dunia..sekelip mata je kan kalau ALLAH nak buat sesuatu benda tu berlaku~nauzubillah

tapi saye dapat telekung raya dari incik suami..yeay!!!sebelum ni suke je rembat telekung mama..sorry ma..nanti dik beli baru kat mama..=)

hari sabtu berbuka kat rumah mama..syok berbuka ramai-ramai..abah je takde kan..(redha)
tahun depan bertambah lagi ahli keluarga..bukan satu tapi dua...sibuk dengan si kecil la pulak tahun depan ;)

kakak dah pregnant 5 minggu~alhamdulillah..mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk KAMI~ 

Aug 10, 2010

::Rezeki bulan Ramadhan::

Posted by ::@M@L:: at 1:26 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum =)

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi...tapi kali ni mungkin berbeza dengan ramadhan yang sebelum-sebelum ni..ramadhan kali ni abah dah xde..walaupun ramadhan yang lepas pun abah xpuasa sempurna..tapi abah la orang yang paling sibuk nak suruh beli juadah berbuka..takpa abah,kami redha dan insyaALLAH ramadhan kali ni pun kami tunaikan ibadat puasa sesempurna yang kami mampu..

Alhamdulillah sekali lagi..ramadhan kali ni saye berpuasa sambil bawak nyawa didalam rahim =)
mungkin dah takdir ALLAH..Dia ambil satu nyawa dan pulangkan satu nyawa..dan Dia tak kejam..berkat kesabaran...ALLAH pulangkan dua nyawa untuk keluarga saye..;)
alhamdulillah yang tak terhingga..kakak pun bawak satu nyawa didalam rahim =) kesyukuran berganda..tu la org kata..rezeki bulan Ramadhan..

mudah-mudahan...saye dapat tunaikan ibadat puasa dengan sempurna dalam usia kandungan 8 BULAN...(mcm tajuk citer dalam tv3 plak)...'anak ibu janji ye..jangan nakal2..kite puasa sama-sama'

dikesempatan ni..saye nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA UNTUK SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT dan mohon maaf kalau ada tersilap kata terkasar bahasa..mudah-mudahan amalan kita sentiasa diberkati ALLAH..amin~


p/s:sentiasa percaya pada rezeki ALLAH dan setiap ujian yang Dia beri hanya untuk menilai sejauh mana kesabaran kita sebagai hambaNya...

::Ramadhan::

Posted by ::@M@L:: at 1:15 AM 0 comments Links to this post
Sedikit renungan untuk dihayati~

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN



Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
 1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.


2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi



3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :


"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi




4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :


"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).


Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi




5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :


"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.


Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.


Aug 5, 2010

::Ramadhan::

Posted by ::@M@L:: at 2:15 AM 0 comments Links to this post
Salam~
lama dah tak menaip..busy~..ecehh..busy sgt ke kan...hehe...malas juga..
busy cari duit nak beli barang baby dan baju raya untuk ibu & papa..hikhik

alhamdulillah..baby dah 31 weeks arini...kejap je rasa dah capai angka 3 dah...sebelum ni belas-belas..dua puluh..sekarang dah tiga puluh..aiseh...anak ibu dah besar ye =)
rabu minggu lepas pegi buat scan..saje ajak mama teman..nak bagi mama tgk cucu..hehe..tp mama plak xpakai spek dan tak faham nak tgk screen tu..hikhik
mula-mula doc scan 2D je..kalau petang memang baby aktif sikit..jadi saye pun tanye doc boleh tak buat 3D scan..last month buat 4D tak nampak ape2..then doc pun try...yes2..ibu nampak hidung baby...haha..hidung pun jadi la sayang...doc cakap kita bernasib baik sebab nampak muka baby...=) ke anak ibu saje je nak bagi ibu tengok..thanks anak ibu;)

sekolah baru je habis JULY TEST minggu lepas..dan seperti biasa..ramai yang failed..tapi alhamdulillah..ada yang meningkat secara drastik dan tidak kurang jugak yang elok2 dah lulus jadi failed (ye..saye sgt geram dekat budak yang sebegitu)...hurm...CIKGU DAH TAK TAHU NAK FIKIR MACAM MANA LAGI~

minggu depan dah nak sambut Ramadhan..rasa tak sabar pun ada..ramai yang tanya saye boleh puasa ke tak...hehe..insyaALLAH saye cuba berpuasa walaupun masa tu kandungan dah 8 bulan..lagipun hari tu puasa alhamdulillah sihat je..cuma risau sbb sekarang ni makin mudah lapar..tp saye tau baby saye faham kalau saye tak makan bulan puasa....=) dan bulan Ramadhan ni jugak incik suami akan berpindah tempat keje..ALHAMDULILLAH...rezeki anak...dekat sikit dengan rumah..tak payah la buang duit bayar tol sampai rm10 setiap hari..minyak pun save sikit..

kemudian saye dapat tahu berita yang menggembirakan hati seluruh keluarga dan mudah-mudahan itu REZEKI DIA~saye selalu doakan

dan hari ni sekali lagi saye dapat berita yang menggembirakan dan mungkin ini REZEKI SAYE~

tak rugi kalau bersabar =)
 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez