Dec 26, 2012

Dian Faqihah

Posted by ::@M@L:: at 8:27 AM 0 comments Links to this post
Berhabuk bersawang dan segala ber ada..;)

alhamdulillah syukur dengan segala nikmat dan rezeki serta AMANAH yang diberikanNYA.tanggal 30 Oktober 2012 lahir seorang lagi puteri kami yang kedua sebagai penyeri hidup hendaknya.Cik puteri dinamakan Dian Faqihah binti Mohd Zariff bermaksud cahaya kebijaksanaan/cerdik.

tak sangka tak jangka kelahiran kali ni awal 2 minggu dari tarikh due.maksudnya 2 minggu awal.
dah start sakit pukul 12 tengah malam isnin tp mild contraction dan masih boleh tahan dan bersabar.contraction makin kerap sampai pukul 5 pagi dah tak terganggung.takbir semua keluar rasa nak meletup perut.syukur ya Allah kerana kau kurniakan aku nikmat kesakitan melahirkan anak dan sebagai penghapus dosa-dosaku.

minta si suami hantar ke hospital jam 615pagi sampai kena saman AES (saya dah janji dengan adik saya a.k.a lawyer bahawasanya saya nak saman AES semula kalau saya terpaksa bayar saman rm300 tu gara-gara suami terpaksa memecut laju depan kamera AES masa on the way nak hantar si isteri yang kesakitan nak melahirkan anak)

sampai je di hospital serdang nurse terus check jalan dan tolak ke labour room.bila ditanya dah berapa cm,nurse dengan selamba cakap 'awak dah nak bersalin dik'.dan beberapa minit kemudian lahirlah puteri kedua seberat 3.32kg ke muka bumi.

selepas dibersihkan 

bam bam ibu

"Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah"

Oct 13, 2012

Allah menguji tanda CINTA kepada hambaNYA

Posted by ::@M@L:: at 11:08 PM 0 comments Links to this post
assalammualaikum~

siapa suka dengan dugaan ALLAH? sebagai manusia mesti kita impikan sebuah kehidupan yang penuh aman bahagia tanpa secalit kesusahan kan? tapi kita lupa bahawa ujian ALLAH tu menunjukkan bahawa ALLAH sentiasa bersama kita dan DIA sekadar menguji untuk menunjukkan cintaNYA kepada kita..alhamdulillah

kandungan dah mencecah ke 9 bulan..mungkin dalam masa terdekat anak kedua akan dilahirkan ke dunia..di saat genting ni la bermacam dugaan ALLAH beri sehingga menguji kesabaran diri..bukan diri diabaikan cuma mungkin merasa kehilangan..alhamdulillah sekali lagi kerana empunya diri tak pernah lupa bahawa ALLAH sentiasa di sisi..janji ALLAH itu pasti..disetiap ujian ada hikmahnya dan disebalik kesedihan akan terserlah kebahagiaan..insyaALLAH


Jun 1, 2012

Untuk Sang Suami

Posted by ::@M@L:: at 8:51 AM 0 comments Links to this post
alhamdulillah..31.5.2012 genap 3 tahun perkahwinan kami..syukur ALLAH masih satukan dua hati kami dalam melayari rumahtangga dan DIA sentiasa mempermudahkan segala urusan kami walaupun kadangkala kami menghadapi saat-saat sukar..


Suamiku….
Kuingin agar setiap perjumpaanku dengan mu menjadi sebuah perjumpaan manis,
hiasi selalu dengan senyuman tulusmu kerana senyummu adalah bahagiaku..
do'amu adalah sebuah keredhaan bagiku.

Suamiku…
Bertuturkatalah yang lembut padaku ketika kau hendak sampaikan sesuatu
agar ku mudah memahami apa maksudmu perhatikanku pula ketika ku ingin bertutur denganmu mendengarkan ucapan atau ceritaku.
Kerana bagiku itu adalah sebuah penghargaan.

Suamiku…
Kuingin kau lebih sebagai seorang sahabat yang berikan waktu untukku
Jangan terlalu sibuk dengan segala urusanmu, sediakan waktu untuk
mengenang kembali tentang kenangan indah bersamamu

Suamiku …
Bantu aku dalam ketaatan kepada Allah. Biasakanlah Bangunkan ku di sepertiga malam terakhir dan ajak ku menegakkan solat Qiyamullail

Suamiku ….
Ajarkan aku apa yang kau ketahui dari Al Quran dan tafsirnya.
Ingatkan aku supaya “Dzikr” (cara untuk mengingat Allah dengan mencontoh Rasulullah) di pagi dan petang.

Suamiku …
Ingatkan selalu aku untuk membelanjakan wang ringgit di jalan yang diredhaiNya...menebar kebaikan dan jihad dijalan Islam

Suamiku…
Cemburu adalah fitrah. Bahkan kuharap kaupun ada rasa cemburu terhadap aku,
tetapi jangan berlebihan (cemburu buta).

Suamiku …
Kuingin kan sikap kesabaran dan kelembutan dalam menghadapiku
jangan kau tunjukkan kekerasan dan kata kata kasar padaku
Selalu ingatkan aku jika ada perbuatan yang salah pada diriku…
kerana aku hanyalah wanita sederhana dengan kekurangan dalam diriku

Suamiku…
Maafkan aku jika telah berbuat salah padamu …
turunkan emosimu ketika kau hadapi aku… nasihatkanku dengan 
kelembutanmu kerana itu akan lebih menyenangkanku.


terima kasih SUAMI kerana menjadi teman dan papa yang baik dan sabar ;)

P/S:terima kasih keluarga/kawan/sahabat/teman yang mendoakan kebahagian rumahtangga kami

Mar 21, 2012

Rezeki 2012

Posted by ::@M@L:: at 9:17 AM 1 comments Links to this post
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..rasa syukur pada yang Maha Esa atas segala nikmat.
Dengan izin Allah,insyaALLAH nuha bakal menjadi kakak ;) moga adik membesar sihat dalam rahim ibu dan ALLAH kurniakan tenaga untuk ibu sepanjang tempoh kehamilan ni..adik dah berumur 6 minggu 4 hari..hampir 2 bulan..ibu,papa dan kakak dah dengar denyut jantung adik tadi..bila ibu tengok kantung tempat adik membesar,terus ibu tersenyum macam ibu tengok kantung kakak dulu..tak terungkap perasaan tu walaupun pengalaman yang kedua :)



nampak tak?kecik je kite ;) expected due date november..10.11.12..kalau betul memang cantik tarikh lahir tu..sehari sebelum tarikh lahir abang Ilham (11.11.11)..kalau ikut rasa hati memang ibu harap kakak dapat adik boy tapi kalau kakak dapat adik girl,ibu tetap tak kisah asalkan adik sihat dan kuat..nampak gaya,ibu tak payah belanja lebih-lebih untuk adik sebab adik boleh pow baju kakak nuha atau abang ilham..hihi..tapi mesti ada yang baru untuk adik..kasih sayang kene sama rata tak gitu?


Nuha pun dah semakin besar.dah pandai nak main+berkawan kalau jumpa budak-budak yang hampir sebaya dengan dia.budak tecik ni mulut tak bising tapi tangan dengan kaki memang cepat.kalau jumpa gegirl yang lebih kurang macam dia,slow-slow je dia pegi dekat budak tu dan pegang tangan pastu ajak budak tu jalan.dah macam dia besar sangat ;) perkataan feveret masih NAKKKKK...perkataan lain tu tak boleh lagi tapi sejak akhir-akhir ni bila ibu sebut apa-apa,ada jugak la dengar bunyi dari mulut kakak.contohnya PAPA..keluar PA je..ok la tu kan..perkembangan kanak-kanak bukan sama..ada yang cepat cakap tapi lambat jalan..ada yang cepat tumbuh gigi tapi tak suka makan..ada yang cepat jalan dan cepat cakap..yang penting percaya dengan keupayaan anak masing-masing..ibu bangga dengan nuha sebab nuha bijak!alhamdulillah


setakat ni kakak nuha takde buat serangan hendap dekat abang ilham..selalu dia memang bertindak macam DIA BESAR SANGAT..hikhik..ada satu hari,tengah maklong,abang ilham,kakak nuha kat luar tetibe air liur abang ilham meleleh..dengan bunyi 'uhhh' kakak nuha cepat-cepat masuk dalam rumah dan bawak tuala kecil abang ilham untuk lap air liur meleleh tu tanpa disuruh oleh maklong..good job kakak..tapi bab 'mengemas' barang pun kakak terer kan..selalu jugak kena marah dengan ibu tapi ibu marah je lepas tu ibu peluk kakak kan??anak memang tak boleh dimanjakan sangat perlu dilatih disiplinnya..ingat lagi pesan arwah abah 'nanti kakngah dah ada anak,ajaq disiplin depa tambah-tambah depan orang'.abah pesan macam tu sebab ada sekali tu kenalan datang melawat tapi anak-anaknya sangat la nakal.lari-lari dalam bilik yang kecik tu,gelak-gelak,panjat sana sini dan parents hanya tegur sahaja tanpa tindakan yang lebih keras.bukan minta dipukul tapi arahkan anak diam dan hormat dengan lebih tegas di depan orang yang sakit.memang masih budak-budak tapi dah berumur 5-7 tahun rasanya umur macam tu dah boleh mendengar kata :) insyaALLAH abah,dik didik yang terbaik untuk anak-anak!


ibu tak mampu nak beli yang ori..yang tiruan pun kire ok kan?

kakak nuha bertocang dua

Kuching ;)

abang Ilham yang montel comel..ohh,kamu bakal jadi abang genap setahun nanti


Jan 4, 2012

2012

Posted by ::@M@L:: at 4:15 PM 0 comments Links to this post
assalammualaikum ;)
masih tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.
semoga tahun ni lebih baik dan bersemangat dari tahun lepas.
ada beberapa azam yang harapnya dapat disempurnakan tahun ni.AMIN~




 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez