Feb 26, 2011

C.I.N.T.A

Posted by ::@M@L:: at 6:55 AM 1 comments Links to this post
apakah dengan tajuk tu??

cinta yang agung cinta kepada ALLAH...itu pasti
tapi sejak dunia semakin moden lengkap dengan teknologi canggih rasanye dunia yang sempit ni dipenuhi dengan insan insan yang sempit pemikiran..huhu

sedang membelek facebook terbaca status dan tertengok gamba anak anak murid zaman sekarang...sedih pun ade..geram pun ade..paham paham je la status budak budak macam mane kan..kalau ejaan tu sampai nak tergeliat lidah nak eja..hahah...kalau gambar plak ada yang tayang boyfriend la...boyfiend pulak anak murid jugak...haihh~apa agaknya yang budak budak ni cari dengan cinta masa umur baru nak masuk belasan tahun...sebab ape baru nak masuk??sebab diorang ni sekolah rendah...sekolah rendah paling besar pun 12 tahun...UPSR pun tak lepas lagi dik oiii...

ingat lagi 2 tahun lepas ajar budak tahun 5..siap cikgu nak kene selesaikan cinta tiga segi diorang..cikgu tu sape?saye la..haihhh...baru darjah 5 tu...dah pandai dah bagi bagi surat...tentang tentang mata..jumpa jumpa time rehat...kalau yang perempuan tu ye la kot dah baligh..hormon gatai tu dah ada..yang lelaki ni suara pun kecik..ada hati nak ngorat anak dara orang...DUIT POKET PUN MASIH MINTAK KAT MAK!!!(tu la ayat cikgu masa bebel kat diorang)

tak hairan la zaman sekarang ni macam macam kes ada..buang bayi la..khalwat la..lari dari rumah la..nak kata mak ayah tak bagi sekolah agama..rasanye 90% semua g sekolah agama...kat sekolah bukan takat ustaz ustazah yang dok hambur dengan nilai nilai murni..tatatertib bagai..cikgu cikgu yang lain pun bagi jugak mutiara mutiara kata...adab pergaulan..tapi nak buat macam mana...budak budak ni seronok dengan dunia..apa cikgu cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri...esok esok buat lagi...

Mencabarnye jadi seorang guru zaman sekarang~

p/s: tetibe risau jadi seorang ibu~mudah-mudahan nuha naazneen jadi anak yang mudah dibentuk akhlak peribadi..amin~

Feb 23, 2011

Rezeki dari ALLAH

Posted by ::@M@L:: at 4:14 PM 1 comments Links to this post
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Feb 22, 2011

Sembur

Posted by ::@M@L:: at 5:14 PM 0 comments Links to this post
ohh..dah lama benar tak hupdate blog ni....
takde masa dan malas pun iye jugak ;)

tak meriah kalau update takde cerita pasal anak ibu kan..hehe..nuha sekarang belum meniarap ye..ye..nuha dah 4 bulan tapi tak meniarap2 lagi...haihhhh..susah hati la jugak tapi agak geram bila ada yang cakap 'anak Bahirah ni malas kot'..geram sangat aihhh...budak sekecik nuha tu tau ke malas dengan rajin tu camne..huhu..bila tanya kawan-kawan...semua cakap jangan risau sebab perkembangan baby lain-lain..ada setengah tu 3 bulan dah meniarap...ada setengah pulak 6 bulan baru meniarap..sama jugak macam tumbuh gigi..kadang-kadang ada yang cepat..kadang-kadang dah setahun pun gigi tak tumbuh-tumbuh lagi..takkan nak cakap gigi tu malas tumbuh kot..hahah...takpe sayang..ibu sabar tunggu hari keramat nuha meniarap tu..;) agaknye nuha nak jalan terus kot..

sekarang nuha dah kenal muka ibu,papa,tok,maklong..selalunye muka yang nuha biasa tengok tiap hari..kalau dia tengok je mesti dia senyum lebar...kadang-kadang tu sampai je ibu rumah tok..dalam ibu dok borak dengan tok dia dok sengih-sengih..padahal bukan sembang dengan dia pun..anak~anak~...rambut ibu semakin gugur..memang ibu penah baca artikel yang tulis lepas seorang ibu melahirkan anak rambut akan gugur..tapi ada jugak cerita ala dongeng yang kata kalau anak suka main air liur rambut ibu automatik akan gugur...huhu...nuha suka sangat menyembur sekarang ni...kadang-kadang habis lencun baju disembur...sabar je la...

the best part is..nuha dah nak hisap susu ibu dalam botol susu..alhamdulillah..syukur sangat sangat sangat...agaknye nuha malu kat ameena dan eisya kot..anak anak kawan ibu...hihi...sekarang tinggal 10oz susu pun masih tak cukup..sebab tok cakap nuha minum banyak..huuuuuuuuuu..ibu kene gigih pam susu lagi untuk nuha...caiyokkkkk!!!oh~ibu belum pernah terfikir nak bagi nuha susu formula...dah jimat dari satu segi dan nuha pun dapat kebaikan susu ibu ;)

adorable nuha naazneen~


sekolah macam biasa..ada hari tenang..ada hari tensen yang amat..ada hari kalut..ada hari coollll saje...yang menjadi masalah sekarang ada sorang indian boy yang terlalu la buat ibu rasa nak migrain walaupun ibu takde penyakit tu..haihhh...masuk je kelas dia dah carut-carut dalam bahasa tamil sambil sengih-sengih..rasa nak s***k pun ade..sampai ibu nak pandang muka dia pun tak boleh..so...sebelum segala benda hinggap di tubuh budak tu..baik ibu ignore je dia..ohh..jangan salah faham..memang tugas seorang guru kene mendidik dan bersabar dengan karenah anak murid..ibu tahu tu...tapi bila anak murid dah melampaui batas sampai dah tak tahu nak diajar macam mana lagi..ibu rasa baik ibu ignore je..nasib ajar pendidikan jasmani..kalau subjek teras nampak gaya ibu kene pegang rotan jugak la kot..huhu


alhamdulillah masih punya rezeki di tahun 2011..walaupun tak banyak tapi ALLAH tak pernah berhenti bagi rezeki pada hambaNYA yang satu ni..syukur~kadang-kadang rezeki datang tanpa disangka-sangka..mudah-mudahan rezeki ALLAH ni berterusan dan semakin bertambah..paling penting tiap rezeki tu diberkati :) baru hidup tenang dan bahagia...sebagai manusia..ada jugak hari hidup kami dilanda suram...tapi yang penting jangan berhenti sujud pada ALLAH..kadang-kadang kite tengok senang je orang lain dapat kemewahan dunia..padahal orang tu kerja tak seteruk kite..jangan mudah berdengki tapi ringankan mulut doakan kebaikan diorang..mana tau lepas tu ALLAH limpahkan pulak nikmat rezeki pada kite ;)


p/s:tengah usahakan sesuatu..doakan yang terbaik ;)

Rezeki yang Berkat

Posted by ::@M@L:: at 4:47 PM 1 comments Links to this post
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". 
Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. 
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. 
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). 
Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. 
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. 
(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). 
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. 
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka. 
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. 
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. 
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) 
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). 
Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. 
Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). 
Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. 
Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. 
Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. 
Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. 
Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa. 
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. 

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. 

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez