Mar 27, 2011

Skills

Posted by ::@M@L:: at 5:44 PM 0 comments
makin nuha besar makin banyak skills yang dia tunjuk~


hari kedua nuha lahir..nuha tunjuk skill tido sampai tak jaga menyusu..heeeee
lepas tu nuha cuba tunjukkan skill tido sambil duduk
sekarang nuha makin aktif dengan skill bawak motor sambil menyembur-kene-muka-sendiri
dan yang paling latest nuha dah tunjuk skill meniarap yang ibu tunggu-tunggu~thanks nuha!!!

alhamdulillah..disamping tengok anak membesar depan mata..rezeki ALLAH tak pernah putus..hidup kalau takde dugaan pun tak best..bak kata orang tak mencabar..jadi sekali sekala ALLAH tetap uji hamba-hambaNYA..

cuti sekolah baru ni..kami balik kampung kedah~sangat seronok walaupun takde la kemana-mana..yang tak berapa bestnye balik kali ni ada berita sedih..semuanya tentang penyakit..hurm..
balik je kampung tok tak sihat..demam sampai tak boleh tidur...lepas tu dapat tau pakngah lit (abang arwah abah) masuk hospital...katanya sakit..bila pi melawat..baru tau pakngah lit sakit kanser..innalillah...penyakit tu berulang lagi dalam keluarga kami...selang setahun je lepas arwah abah pergi...erm..tipulah kalau saye cakap saye tak tersentap bila dapat tau berita sedih ni...nampak je pakngah yang kurus..terus teringat arwah abah dan kenangan dulu jaga abah di hospital...tak sangka dalam masa kurang setahun tengok pakngah..dia dah kurus sangat tak macam dulu...mudah-mudahan keluarga pakngah sabar dalam terima ujian ALLAH yang maha hebat ni..dan mudah-mudahan umur pakngah dipanjangkan~amin

ok..tetibe saye dah blank~bye

Mar 24, 2011

7 tips berniaga

Posted by ::@M@L:: at 5:22 PM 0 comments
PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal.Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalan perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.


KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih,"Rome was not built in a day".

KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan. 

KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.
 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez