Suamiku….
Kuingin agar setiap perjumpaanku dengan mu menjadi sebuah
perjumpaan manis,
hiasi selalu dengan senyuman tulusmu kerana senyummu adalah
bahagiaku..
do'amu adalah sebuah keredhaan bagiku.
Suamiku…
Bertuturkatalah yang lembut padaku ketika kau hendak sampaikan
sesuatu
agar ku mudah memahami apa maksudmu perhatikanku pula ketika ku
ingin bertutur denganmu mendengarkan ucapan atau ceritaku.
Kerana bagiku itu adalah sebuah penghargaan.
Suamiku…
Kuingin kau lebih sebagai seorang sahabat yang berikan waktu
untukku
Jangan terlalu sibuk dengan segala urusanmu, sediakan waktu
untuk
mengenang kembali tentang kenangan indah bersamamu
Suamiku …
Bantu aku dalam ketaatan kepada Allah. Biasakanlah Bangunkan ku
di sepertiga malam terakhir dan ajak ku menegakkan solat Qiyamullail
Suamiku ….
Ajarkan aku apa yang kau ketahui dari Al Quran dan tafsirnya.
Ingatkan aku supaya “Dzikr” (cara untuk mengingat Allah
dengan mencontoh Rasulullah) di pagi dan petang.
Suamiku …
Ingatkan selalu aku untuk membelanjakan wang ringgit di jalan
yang diredhaiNya...menebar kebaikan dan jihad dijalan Islam
Suamiku…
Cemburu adalah fitrah. Bahkan kuharap kaupun ada rasa cemburu
terhadap aku,
tetapi jangan berlebihan (cemburu buta).
Suamiku …
Kuingin kan sikap kesabaran dan kelembutan dalam menghadapiku
jangan kau tunjukkan kekerasan dan kata kata kasar padaku
Selalu ingatkan aku jika ada perbuatan yang salah pada diriku…
kerana aku hanyalah wanita sederhana dengan kekurangan dalam
diriku
Suamiku…
Maafkan aku jika telah berbuat salah padamu …
turunkan emosimu ketika kau hadapi aku… nasihatkanku
dengan
kelembutanmu kerana itu akan lebih menyenangkanku.
terima kasih SUAMI kerana menjadi teman dan papa yang baik dan sabar ;)
P/S:terima kasih keluarga/kawan/sahabat/teman yang mendoakan kebahagian rumahtangga kami