Dec 15, 2010

18.12.09 - 18.12.10

Posted by ::@M@L:: at 9:07 AM 0 comments
Salam..lagi 2 hari cukup setahun arwah abah pergi buat selama-lamanya..rasa macam baru je saye temankan abah kat ward di saat abah tengah tenat...tapi hakikatnya,abah dah tenang di sana dibawah rahmat ALLAH..

PERGI TAK KEMBALI-Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

tak semua insan di dunia ni ada peluang nak jaga IBU & AYAH masing-masing sampai ke tua..tapi masih ramai yang letak tempat IBU & AYAH tu jauh dari hati mereka..masih ramai yang mengejar kekayaan dunia daripada kekayaan kasih sayang keluarga..masih ramai yang pandang tanggungjawab terhadap keluarga sebelah mata..

kasihlah ibu..kasihlah ayah selagi hayat mereka ada

saye dah tak berpeluang nak cium Abah saye..saye dah tak berpeluang nak peluk Abah saye..saye dah tak berpeluang nak bergelak ketawa dengannya..saye dah tak berpeluang nak curahkan kasih saye untuknya..

hanya orang yang melalui detik KEHILANGAN tu saje yang memahami

bukan bermaksud saye lupakan dia dulu..bukan bermaksud saye tak kasihkan dia dulu..tapi saye dah hilang satu nikmat untuk terus bahagiakan abah..

saye REDHA~kerana saye tau..dengan keredhaan saje hati saye akan tenang dan kuat

MAMA...'dik akan terus kasihkan mama selagi hayat dik dikandung badan'

AL-FATIHAH
 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez