Aug 20, 2009

YEaY!!!!hOLiDay!!!

Posted by ::@M@L:: at 11:37 PM 0 comments
alhamdulillah..thn ni cuti btol2 mcm nak sambut Ramadhan...arini (Jumaat) last skolah sebelum kami (cikgu2+anak2 murid) bercuti selama 1 minggu..YeAY!!walaupun seminggu tu kejap je..tp bile cuti tetap best..bukan ape..release tension ckit..tenang2kan hati jauh dr budak2 tu..minggu ni..dh siap2 pesan kat diorg..masa bulan puasa..jgn berckp..dengar je ape cikgu ckp..sbb cikgu xnak awak letih+dahaga..biar cikgu dahaga xpe..tp..nama pun budak kan..tah dgr tah tidak..ape yg penting..esok kite mula berpuasa..semoga bulan Ramadhan ni membawa keberkatan..amin~

~selamat berpuasa..thn ni puasa kene bgn masak sahur..mak dh xkejut2 lagi..huhu..~

happy mood..lllaaallaaallaa

Posted by ::@M@L:: at 2:07 AM 0 comments
tetibe je rase mcm happy..dunno why..tp ok la kan..at least walaupun dok sorg2..happy..hakhak..

wif luvly haby

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Posted by ::@M@L:: at 1:57 AM 0 comments

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

31 MEI 09 yg akan sentiasa diingati

Posted by ::@M@L:: at 1:48 AM 0 comments
kenapa??sbb tu la tarikh aku berubah status..saat aku dinikahkan dengan suami terchenta..saat aku bergelar seorang isteri..alhamdulillah..no words to describe my feeling...I'M HAPPY




Aug 5, 2009

::kawen::

Posted by ::@M@L:: at 1:48 AM 0 comments
apa ade dgn tajuk di atas??dh lama kan xmenaip kat blog ni..aritu rajin kejap sbb xde keje..lepas tu dh posting..mula mengaja..dh lupe kejap kt blog2 nih..lgpun..bukannye rajin menaip sgt..kdg2rs xreti nak express perasaan sendiri tu dgn kata2..well..now,i start it again..

on 31 May 2009, i married with the man i love most..MOHD ZARIFF BIN ZAHARI..yup..we had been couple for 5 years..alhamdulillah..final of our relation is MARRIED..bahagia??mesti la bahagia..sape yg kawen merana plak kan..

kitorg nikah pagi 31 mei tu..lepas nikah..salin2 baju..sanding plak..ikutkan penat jgk buat sehari..tp..bagus jugak sbb xpyh habis byk2 ari..bile fikirkan..jimat pun jimat..ye la..kalo buat 2 ari..utk akad nikah pun kene sediakan makanan jgk kan..buat sehari mcm ni..mkn ms sanding je..hehe..ms akad nikah..sumenye lancar..alhamdulillah again~

before majlis..byk jgk bende yg jadi..yg memeningkan kepala dan mentensenkan diri bakal penantin nih..haihhh...4 ari before majlis..dpt baju utk bertandang..act,baju tu ditempah sbb nak wat baju biase2 je..tempah2..tah mane silapnye..bleh plak besar..besar sgt plak tuh..haihh..ape lg..berendam airmata la penantin..tp..xbgtau sape2 kecuali yg berkenaan je..xbgtau mama abah sbb nnt diorg risau..

pikir punye pikir..g la butik..soh otter..tp die ckp xsempat dh..dgn g sorg2..pk sorg2..decide..sewa baju lain kt butik tuh..tgk punye tgk baju2 kt ctu..sumenye yg berat2..(tau tak ape maksudnye?)maksudnye..sumenye yg bermanik2 seluruh baju..haihhh..jenuh panas la gue pakai baju cenggitu...tp..sbb dh tensen yg melampau..byr jgk deposit..

balik rumah..br bgtau mama..(sbb dh xlarat nak pk dh)..mama plak panik...tu malas bgtau tuh..mama pk punye pk..teringat cousin bleh jahit baju..trus call..then die ckp orait..esoknye..(sehari sebelum kenduri) g amik baju kt butik tuh balik..cancel booking..lega ckit rsnye..walaupun xlega sepenuhnye..

mlm tu..pkul 8 br leh masuk dewan..tp nak masuk tu pun..mcm2 problem..lif xleh guna la..itu la ini la..byk kali jgk call org yg incharge tu..sampai satu tahap tu mcm dh xleh nak bersabar plak bile ckp ngan die..nak dekat2 pkul 9 jgk br leh masuk dewan gune lif biase..sian tgk org catering ngan pelamin angkut brg naik lif biase..

masuk2 dewan..hal lain plak...dewan penuh sampah..sbb ptg tu ade kenduri..so..org xcuci..aarrrggghhhhh....trus call org yg incharge tu balik..kali ni dgn rs xpuas atinye aku bercakap ngan die..sbb dh geram sgt..tgh dok susun2 meja sume..tgk ape yg xbtol nak btolkan sume..org tu dtg..mintak maaf..dan die janji pagi2 esok cleaner akan cuci dewan n toilet sume..so..lega la ckit bile dh leh ckp depan2..

dlm pkul 10 camtu..aku diarahkan utk balik dan rehat..balik rumah..mandi2..tido..haihh..senang plak aku tido..sbb penat sgt kot..kepada sesape yg tanye berdebar ke tak tu..jwbnye mmg xdebar langsung...

pagi tu bgn..mandi sume..turun bwh..maktam..mak sedaraku suruh mkn ckit..die ckp nnt kot xsempat mkn..ade la kot 2 sudu aku suap nc tuh..xleh nak masuk plak..xkenyang..time ni berdebar kot..astu trus makeup sbb akak yg nak makeupkan tu dh sampai..bwh ni gambar2 makeup..ni utk nikah..sanding lain plak..

okeh..tu antara gamba2 semasa dimakeupkan..time ni sensorg je..xbergelar wifey lagi..nnt kite sambung lg yea..daaa~
 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez