Apr 19, 2010

::Boleh Dik Mintak Alamat?::

Posted by ::@M@L:: at 2:28 AM
'ABAH..boleh bagi alamat dak?Dik nak hantaq KAD BIRTHDAY kat abah..kan tiap-tiap tahun dik bagi kad birthday kat abah...'

'ABAH...boleh bagi dik nombor telefon dak?nak telefon ucap birthday kat abah...cepat sikit sebelum kad sampai.....'

'ABAH ingat dak arini (18/4/2010) birthday abah yang ke54 tahun?'

'Selalu kalau birthday abah ka..mama ka..mesti anak-anak abah call tepat jam 12AM...walaupun kita dok satu rumah..'

'La ni kami dah xdak nombor telefon abah..macam mana nak call ucap selamat lagi..'

'Syoknya tengok orang lain ada abah...tapi kami dah xdak abah..sebab ALLAH lebih sayangkan ABAH berbanding kami...'

'Abah jangan risau..kami jaga mama baik-baik kat sini..'

'Abah ingat dak...ada sekali tu abah pi pasar borong..balik dari pasar..masa dik tolong abah angkat barang..dik jumpak ayaq mineral 3 botol..botol tu warna warni..pastu dik tanya abah..ayaq ni untuk sapa?abah cakap ambik la sorg satu..padahal masa tu anak-anak abah dah besaq2 dah..kalau xsalah..dik ngan kakak dah kat U pun..pastu mama kata...ish..anak-anak dh besaq macam anak-anak kecik lagi..'pastu mama kata lagi..tengok..abah hangpa ingat kat anak-anak dia..'

'Kalau nak ingat balik kan abah..memang banyak sangat kenangan tu...xpa..dik simpan elok2..nanti dik cerita kat anak dik betapa beruntungnya depa dapat tokwan macam abah..'

~walaupun abah xdapat baca..dik tetap nak wish birthday abah..HAPPY BIRTHDAY ABAH..SEMOGA ABAH TENANG DI TEMPAT BARU..INSYAALLAH..DIK SELALU BAGI HADIAH KAT ABAH...~

(18/4/1956 - 18/12/2009)

4 comments:

E K A on April 20, 2010 at 6:36 AM said...

cedihnya amal

Tetem on April 21, 2010 at 8:29 PM said...

hurm.. sedih akak bace.. :((

Cik Puan Syeeda on April 24, 2010 at 9:49 AM said...

u did miss him so much , didnt u? dont forget to recite him Al-Fatihah always..

amal on April 26, 2010 at 2:09 AM said...

yup..sentiasa shad..huhu...kadang2 sampai mimpi2 teringat arwah

Post a Comment

 

..::Happily me::.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez